How do i end this pain Ya Rabb
It is so painful....
Bersama renyai-renyai hujan di penjuru
petang Khamis rahmat Mu turun
ampuni aku
atas permintaan yang menyuruh nyuruh
jangan seksa aku
dengan beban aku tak mampu nak pikul
ampuni aku
sesal yg tidak tertangguh
ya Allah.........
"Semua duka
dan sengsara
tentang ku
tak ku ingat
asal sahaja
melihat mu
bahagia"
Ibu Bapa mempunyai kunci keberkatan hidup kita, meskipun metodologi mengajar dan mendidik kita bukanlah yang terbaik. Doa kita terhadap ibu bapa adalah khidmat kita terhadap mereka.
Bahagiakan kanan-kanak. Salah satu sifat Habib Noh Al-Habsyi selain amalan-amalannya yg diikuti dan dikagumi, beliau suka membahagiakan kanak-kanak. Tangan beliau sentiasa ada bersamanya gula-gula, setiap kali berjumpa kanak-kanak akan diberinya.
Usah kaku dan janggal menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak. Mulakan saja dan lihat impaknya terhadap anak-anak. Jadikan suasana di rumah sentiasa ceria. Apabila sesuatu perkara yg perlu ditegur dan diambil perhatian, anak-anak akan perasan ibu ayah tidak berbual dan suasana terasa berlainan, dari situ ibu bapa dapat berbual dan menegur anak-anak dengan baik serta menasihati mereka. tegur perbuatan mereka namun tetap kekalkan kasih sayang kepada mereka walau apa pun berlaku.
- petikan daripada pengajian kitab Tarbiyatul Awlad Fil Islam bersama Al-Fadhil Ustaz Hafiz Kusairi, Sabtu 21 November 2020, 6:30 pagi hingga 8:00 pagi di wadah Zoom.
Bismillahirrahmanirrahim
6 tahap niat ketika bekerja:
1) kerja untuk duit - untuk biaya hidup dan keluarga, membayar hutang dll.
2) kerja untuk pangkat - untuk kerjaya, bersaing, ada sifat dengki dan kecewa jika tidak dapat capai target.
3) kerja untuk seronok - kepuasan, job satisfaction. paradigma keduniaan. akan stress, penat habis tenaga
4) kerja untuk meningkatkan ketaqwaan dan redha Allah - paradigma akhirat
5) bekerja untuk masuk syurga Allah
6) bekerja untuk cinta Allah
Niat bekerja yg terbaik adalah yg no. 6
sifat-sifat yg perlu kita lawan:
1- kuat tidur
2 - kuat makan
3 - suka melengah-lengahkan kerja
4 - malas
manusia tidak boleh bergerak jika ada sifat kehaiwanan ini
dapatan dari sesi perkongsian yang dianjurkan oleh YADIM, 19 November 2020.
Panel: Prof Dr. Muhaya Mohamad
Moderator: Ustaz Hariri